Tahun
2026
Nama Agensi
ICT@JOHOR, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
No. Rujukan
SUKJ.ICT.500-3/3/4 Jld 5 (9)
Jumlah Dipohon
16
Jumlah Diluluskan
16
| Bil. | Program / Projek | Kelayakan Akademik | Skop Tugas | Tempoh | Kadar Upah | Jumlah Dipohon | Jumlah Diluluskan | Keputusan | Catatan |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Projek Pembangunan Sistem ICT 2026 OLD-2026-000011 | Setaraf Ijazah Sarjana Muda |
1. Perancangan dan Pemantauan Projek • Menyediakan pelan induk pembangunan sistem. • Menyusun jadual pelaksanaan projek berdasarkan keutamaan dan sumber. • Memastikan projek mengikut masa, kos, skop dan kualiti yang ditetapkan. • Menyemak kemajuan projek secara berkala. 2. Pengurusan Risiko dan Isu • Mengenalpasti risiko projek (teknikal, sumber manusia). • Menyelesaikan isu-isu kritikal yang boleh mengganggu kelancaran pembangunan sistem. 3. Koordinasi Antara Pihak Berkepentingan (Stakeholders) • Berurusan dengan jabatan pemilik sistem (system owner) untuk keperluan bisnes. • Menjadi penghubung antara pasukan pembangunan sistem (developer) dan pengguna akhir. • Menyediakan dokumentasi hasil perbincangan, minit mesyuarat dan keperluan sistem. 4. Pengurusan Sumber dan Kontrak • Memastikan sumber dalaman dan luaran (vendor) digunakan secara optimum. • Memantau prestasi vendor berdasarkan kontrak. • Menyediakan keperluan teknikal (TOR) untuk perolehan sistem. 5. Pelaporan dan Dokumentasi • Menyediakan laporan kemajuan untuk pihak pengurusan atau mesyuarat. • Menyediakan dokumentasi projek berpandukan Garis Panduan KRISA. 6. Kawalan Kualiti dan Ujian Sistem • Merancang dan memantau aktiviti UAT, FAT, dan PAT bersama team penguji dan pengguna. |
12 bulan | RM2,300.00 | 2 | 2 | DILULUSKAN | |
| 2 | Projek Pembangunan Sistem ICT 2026 OLD-2026-000012 | Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) |
1. Melaksanakan kerja-kerja Meja Bantuan bagi Platform Pembayaran Dalam Talian / Pengurusan akaun pengguna awam untuk platform pembayaran. • Menerima dan merekod aduan pengguna awam berkaitan portal dan aplikasi mudah alih pembayaran dalam talian kerajaan Negeri Johor. • Membantu pengguna awam untuk trouble shoot masalah secara dalam talian. • Mengagihkan aduan yang diterima ke Jabatan / Agensi yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya. • Membantu dalam penghasilan pelaporan aduan yang diterima. |
12 bulan | RM2,100.00 | 1 | 1 | DILULUSKAN | |
| 3 | Pemeriksaan Aset di seluruh Negeri Johor OLD-2026-000013 | Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) |
1. Bekerjasama bersama Juruteknik membuat pemeriksaan aset. 2. Melaksanakan 1st level support untuk panggilan-panggilan berkaitan operasi. 3. Menjalankan statistik dan operasi meja bantuan ICT jabatan. 4. Menyediakan laporan/draf yang berkaitan. 5. Membantu membuat penyelenggaraan, menaik taraf dan juga pelupusan aset jabatan. |
12 bulan | RM2,100.00 | 1 | 1 | DILULUSKAN | |
| 4 | Pemeriksaan Aset di seluruh Negeri Johor OLD-2026-000014 | Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
1. Membantu melaksanakan pemeriksaan aset sebanyak 6,000 unit di 10 daerah di Negeri Johor; 2. Melaksanakan semakan dan pengesahan aset ICT jabatan; - Melaksanakan semakan fizikal aset alih ICT dan tidak alih bagi memastikan kewujudan, keadaan dan penempatan aset adalah selaras dengan rekod rasmi; 3. Menyemak keselarasan rekod aset dalam sistem; - Menyemak maklumat aset di dalam sistem pengurusan aset (contoh: iSPEKS / daftar aset manual) meliputi nombor siri, lokasi, pengguna dan status aset; 4. Mengemaskini maklumat aset; - Membantu mengemaskini maklumat aset yang tidak tepat seperti pertukaran lokasi, pegawai pengguna, keadaan aset atau pelabelan 5. Mengenal pasti aset rosak, tidak ekonomik dibaiki atau tidak digunakan; - Melaporkan aset yang rosak, usang atau tidak lagi digunakan untuk tindakan lanjut seperti pelupusan, pindahan atau penyelenggaraan; - Menjalankan kerja-kerja yang diarahkan oleh ketua dari semasa ke semasa; 6. Membantu penyediaan laporan semakan aset; - Menyediakan senarai penemuan, ketidakpatuhan dan cadangan penambahbaikan hasil daripada semakan aset untuk rujukan pegawai bertanggungjawab; 7. Membantu pelabelan dan penandaan aset; - Membantu memastikan semua aset dilabel dengan betul dan jelas mengikut peraturan pengurusan aset kerajaan; 8. Melaksanakan tugasan lain berkaitan pengurusan aset; - Melaksanakan tugasan tambahan berkaitan pengurusan dan kawalan aset seperti diarahkan oleh pegawai penyelia dari semasa ke semasa. |
12 bulan | RM1,900.00 | 12 | 12 | DILULUSKAN | |
| JUMLAH | 16 | 16 | |||||||